Sep 8, 2011

Hari Raya 2011

Terima kasih kepada encik suami aka sayangku M. Hari raya tahun ini amat meriah. tidak pernah-pernah aku tidur rumah mak lebih dari sehari, tiba-tiba sayangku M mempelewa bahawa pada tahun ini biarlah kami beraya di rumah mak lebih lama sikit. Ehem, lebih lama banyak sebenarnya. Pejam celik, seminggu juga kami b eraya di rumah mak. meriah sgt tu tidaklah sampai berlap lip rumah mak. yang meriah nya, dapat melihat mak yang memang bersemangat lebih sedikit untuk beraya pada tahun ini. Selalunya beli baju raya pun tak mahu.

Sebelum pulang beraya, puas ku berpesan kepada adik-adik bahawa jangan lupa untuk beli bunga api untuk si kecil M.E. (Sebenarnya aku yang teringin nak main bunga api). Akhirnya malam raya dapat juga bermain bunga api di depan rumah mak.  Bahagia sungguh beraya di tahun ini. Lepas bermain bunga api, tiba lah masa untuk ke dapur menolong mak masak untuk esok harinya.

Aduhai, tiba lah malas pula aku nak menyambung ceritaku ini. Menu yang biasa mak masak untuk Hari Raya adalah Rendang lembu, masak lodeh, sambal kacang ( kegemaranku) dan ayam kari. Namun pada tahun ini mak tambah 1 menu khas iaitu ayam rempah.  Rasanya, memang terbaeekk lah bak kata adik ku yg bernama Teha. Pada pagi raya itu kami memakai baju berwarna warni. Mak dengan baju hijaunya, adik ku Chacha dengan baju warna rainbow nya, manakala Teha kekal dengan plan diorg yang nak memakai warna oren. Jadinya, kesudahannya, yang kekal oren, si Teha, Si Paiz dan si Ilham. Manakala aku dan Sayang M dan comel M.E., kami beraya dengan berwarna hitam. Bak kata orang, hitam itu menawan. :)

Sampai di sini dahulu ceritaku tentang raya kami. Jika ada kelapangan dan masa, akanku sambung celotehku ini.

Buat pelanggan Enirawardrobe, terima kasih banyak banyak atas sokongan Tuan/Puan. Kami akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk anda. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment

Ryanees Kashmir

RYANEES KASHMIR RM59 ONLY POSTAGE CHARGES  Memang menawan sungguh desig...